Laporan Jerebu di Sungai Petani, Kedah 03 SEPTEMBER 2015
Alhamdulillah.. dari pukul 2.30 ptg tadi sampai sekarang
hujan sudah mulai turun membasahi bumi Sungai Petani, Kedah. Syukur tidak terhingga kerana ia amat
dinanti-nanti sejak akhir-akhir ini berikutan jerebu yang kian menebal di
seluruh persekitaran sungai petani.
Bayangkan, balik kerja pada pukul 7 malam, kelihatan seperti asap di sepanjang laluan pulang dan
penglihatan juga turut terjejas berikutan peristiwa ini. Takut-takut juga kami nak bawak kereta
laju-laju, takut nanti tak nampak pula kenderaan kat depan.
Tapi hari ni, memang rasa lega yang amat kerana hujan dah
turun. Syukur ya Allah. Mudah-mudahan hujan yang turun ini mampu
menghilangkan jerebu yang kelihatan semakin hari semakin buruk di bumi Sungai
petani ini.
Berikut merupakan laporan dari THE GOVERNMENT AND THE DEPARTMENT OF ENVIRONMENT OF MALAYSIA.
Dalam keadaan jerebu yang masih tidak terkawal ni, jom la kita amalkan gaya hidup yang sihat seperti yang disarankan di bawah ini.
Comments
Post a Comment