SAHAM-SAHAM 2016 YANG BAIK UNTUK DILABURKAN

Assalamualaikum...




Maaf kalau entry kali ni agak membebel.. Sekadar luahan perasaan yang terpendam jauh di lubuk hati ini..  Satu je perkara yang bermain dalam fikiran saya ~ MACAM MANA NAK DAPATKAN DUIT EXTRA?  Aduh, susah nak bagitau macam mana.  Dengan keadaan ekonomi sekarang yang menentu, ada juga terfikir nak main SAHAM.  Sebab kawan saya ada bermain SAHAM.  Dia mempelbagaikan juga SAHAM yang dia main sebab dia cakap SAHAM yang dia main tu semua HIGH RISK.  YES, HIGH RISK.  HIGH RISK tu maknanya kalau saham loss, maksudnya rugi la capital yang kita keluar.  Tapi kalau saham tu mencacak naik, memang MAKAN BESAR la kawan saya ni...

Tapi, bila sebut pasal SAHAM, saya takut.  Takut risikonya.  Takut sebab modal pun takda, takut rugi nanti, hangus lebur semua duit yang satu-satunya kita ada tu.  Saya ada la juga tercari-cari, kalau-kalau ada SAHAM yang SELAMAT.  TETAPI, MAJORITI menyatakan bila namanya pun SAHAM, risikonya sentiasa ada.

Ada yang kata SAHAM HARTANAH adalah baik untuk kita invest sekarang.  Modalnya rendah.  Boleh try pergi ke branch MAYBANK dan tanya tentang AHB.  Tetapi, bukan semua orang boleh join invest AHB ni.. Hanya BUMIPUTERA sahaja..  Sepertimana ASB, benefits dia lebih kurang sama dan AHB ni pun dalam kategori LOW RISK.

Selain AHB, SAHAM TABUNG HAJI pun ok jugak kalau nak join invest sebab ia dah sah-sah patuh syariah.  Dividen yang diberikan sudah ditolak zakat siap-siap.  Maknanya dividen yang kita terima selalunya akan dapat dividen bersih yang ditolak zakat.  Memang berbaloi.. Dan bila duit kita mencukupi RM1300, kita secara automatik boleh / layak untuk didaftar untuk pergi haji.  SAHAM TABUNG HAJI pun dalam kategori LOW RISK.  Saya suka kalau-kalau LOW RISK ni.. hehe

Ini antara SAHAM yang akan saya join invest.  Benda baik, kalau tak share, rugi.  Sekurang-kurangnya kita dapat satu maklumat yang berguna.  Mana tau kalau-kalau anda semua ada cadangan yang lebih bernas tentang SAHAM ni, boleh la share sama kat entry ni.  Lebih ramai lebih meriah..
hehehe..

Kalau-kalau la saya tersilap, pun boleh perbetulkan.  Saya budak baru belajar.  Kalau salah tolong tunjukkan.  Biasa la, kadang-kadang info yang saya terima mungkin tersasar jauh sikit dari landasan.  Jadi minta tolong kalau-kalau ada info yang boleh di bawa berbincang, dipersilakan.. =) Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.. =)


Comments

Post a Comment

Popular Posts