TIPS MENGHILANGKAN ANGIN DAN GANGGUAN DALAM BADAN MENGGUNAKAN AIS DAN LIMAU NIPIS/PURUT



Mungkin ramai yang belum tahu akan manfaat mandi ais yang diperah bersama limau ini mampu menghilangkan angin biasa dan 'gangguan' dalam badan anda. Tidak kira tua atau muda, bila badan rasa sengal, pasti kita rasa tidak selesa untuk melakukan sebarang kerja, betul tak?

Mandian ini dikatakan sangat baik untuk diamalkan 3 kali seminggu kerana kesannya mampu memulihkan tubuh badan anda semula. Badan yang lesu dan sakit dikatakan akan kembali segar jika mengikut kaedah seperti di bawah ini.

Namun, diingatkan ini hanyalah ikhtiar yang boleh dilakukan, selebihnya berdoa dan memohon dari Allah untuk menyembuhkan segala kesakitan anda. Semoga petua ini bermanfaat buat semua dan selamat mencuba.

Ambil limau nipis (atau kalau ada limau purut lagi bagus) 5 biji atau lebih, potong kan 2 setiap sebiji..Kemudian limau tersebut perah di dalam baldi..

Baca Al fatihah 7x
Bismillah5  7x
Al ikhlas 7x Dan selawat 3x


Jika mandi di bilik air, sebaiknya angkat baldi itu baca di luar terlebih dahulu..

Selesai baca, mandi air tersebut..Jika tak tahan sejuk mulakan dari kaki, jika tahan mandi sahaja dari kepala, lebihkan siram air mandian di belakang tengkuk belakang..

Cara begini jika anda amalkan.. Jika angin banyak dalam badan In sha Allah akan keluar. Jika ada gangguan makhluk halus In sha Allah akan berkurangan. Sifat jin memang tidak tahan dengan sejuk kerana jin dicipta dari API..

Sekiranya lepas mandi anda rasa loya, pening, nak muntah, sedawa.. Itu maknanya di dalam tubuh anda ada gangguan. Jika dalam badan ada gangguan yang lama, selepas mandi badan akan jadi penat dan tak bermaya..

Sekiranya anda amalkan buat mandian ini 3 hari sekali In sha Allah dengan izin Allah badan akan rasa lebih segar. Mandi sebaiknya selepas subuh atau sebelum maghrib.. Jika anda kerap sakit belakang, sakit kepala, sakit sendi bisa dalam badan sesuai amalkan mandi ais ini..
Semua itu atas keyakinan anda sendiri.. Izin Allah In sha Allah sembuh... Kita hanya ikhtiar... Kesembuhan semua atas izin Allah...

Comments

Popular Posts