PETUA MUDAH HENTIKAN PENYEKSAAN ULSER




ULSER Masalah ulser walau pun kecil tapi menyeksakan terutama ketika makan dan memberus gigi. Percaya tak sakit ulser yang biasa berlaku pada bibir dan bahagian dalam mulut ini boleh membuatkan kita mengalir air mata. Biasanya bila mengalami masalah ini, ramai yang menggunakan ubat gel untuk rawat ulser, tapi selain itu ada juga petua-petua lama untuk meredakan sakit ulser dan terbukti berkesan. Antaranya: 

 1. Marjerin- letakkan sedikit marjerin pada ulser dan biarkan cair, cara ini dapat mengurangkan rasa sakit. 

 2. Madu- sesuai untuk anak-anak yang terkena ulser kerana rasa madu yang manis. Cuma letakkan saja madu pada ulser untuk mengecutkannya. 

 3. Garam- petua ini sesuai untuk orang dewasa saja. Letakkan garam pada ulser atau pun berkumur dengan air garam. Memang menyakitkan pada peringkat awal tapi selepas itu anda rasa lega. 

 4. Baking soda- campur baking soda dengan air dan letakkan pada ulser. Ini juga cara mengecutkan ulser. 

 5. Elak makanan pedas dan panas- ia akan mencetuskan rasa sakit dan memburukkan lagi masalah ulser. 

 #tips #petuaorangduludulu

Comments

Popular Posts