KEBURUKAN DALAM PERAKAUNAN APABILA BOS SUKA TOLONG COLLECT INSTALLMENT ON BEHALF OF THIRD PARTY

 


Hai Assalamualaikum. 

Hari ni sis nak berletiaq banyak sikit mengenai sikap sesetengah Bos kita ni.  Mereka ni, disebabkan nak ada relationship yang baik dan akrab dengan Dealer, mereka sanggup tolong dealer ni collect installment on behalf of THIRD PARTY.  Ni mai sis nak bagitau uols ni.  Perbuatan ni adalah SALAH dan merugikan.  Dan paling menyakitkan hati apabila akauntan yang berpengalaman bagi nasihat tapi tak di endahkannya.  

Okey.  Sebab mereka bos kan. Jadi kita kena respek pendapat mereka. Tapi sis dibayar gaji sebagai akauntan untuk menjalankan tanggungjawab sis sebagai akauntan syarikat. Memang sis ada hak untuk bersuara sebab ini adalah sebahagian dari tanggungjawab sis.  Sis yang memikul segala jenis akaun dalam syarikat ini.  Dalam erti kata lain, kalau AUDIT datang soal ke.. LHDN datang soal ke.. Yang kena hadap adalah sis a.k.a (as known as) Accountant company.

Okey. Back to the collections installment on behalf tadi. Ceritanya, Bos sis ni tolong collect installment dari pihak ketiga ni (contoh : SINGA HUTAN MALAYSIA (SHM) ). Customer beli under syarikat SHM tetapi bayaran bulanan datang ke syarikat kami sebab dekat dan senang.

Kelebihannya apabila Bos sis ni tolong collect installment dari SHM ni, Bos sis akan dapat komisyen 2%... contoh collection selama 1 tahun = 2 juta.  Komisyen yang diterima oleh syarikat = RM 40K.

MASALAHNYA SEKARANG IALAH : 

1. Bila kita collect installment tu, transaksinya adalah melalui TUNAI (CASH). Bila nak masuk dalam akaun transaksi akan jadi macam ni..

DR. CASH (duit kutip dari customer SHM).  = 2,000,000.00

   CR.  LIABILITIES (SHM)  = 2,000,000.00


DR. LIABILITIES (SHM) = 2,000,000.00

   CR.  BANK (sebab ada bayar balik kat SHM ni melalui online banking transfer terus ke akaun SHM). = 1,960,000.00

   CR.  OTHERS INCOME (komisyen yang kita terima dari SHM 2% tadi RM 40K). = RM 40,000.00


NAMPAK TAK? Belum nampak kan? Tapi bila dah masuk dalam sistem, dah key in seperti transaksi di atas, secara automatik, RM 1,960,000.00 akan jadi PROFIT syarikat.  Senang cerita la, gatal pi tolong orang, last-last kita yang kena bayar cukai.  Sebab apa?  Sebab apabila profit tinggi, cukai juga tinggi.  Kena faham tu.  Hanya nak dapatkan 2% komisyen tadi, kita kena tanggung cukai dan profit yang tinggi.  1,960,000.00 cukai yang kena bayar adalah sebanyak (85,000 +350,400 = 435,400). So, cukai yang syarikat kena tanggung setahun adalah RM 435,400, itu hanya profit dari SHM tidak termasuk profit hasil bisnes sendiri lagi. CUBA ANDA BAYANGKAN. Berbanding dengan jumlah komisyen yang diterima hanya RM 40,000 tetapi kena bayar CUKAI RM 435,400 berbaloi ke tak uols???

Sebagai akauntan syarikat, yang sentiasa berdepan dengan AUDIT FIRM, LHDN, PERANGKAAN, KASTAM, pegawai-pegawai KERAJAAN semua ni, jadi sis LAYAK menyuarakan semua ni.  Sebab ia adalah PERKARA yang MERUGIKAN syarikat sebenarnya.  

Cara ini juga akan menyebabkan akaun syarikat jadi TIDAK CANTIK dan BERMASALAH.

Jadi, sis nak ingatkan kepada semua BOS yang rasa diri dia tu HEBAT sangat.  Tolonglah.  Akauntan hanya menjalankan tanggungjawab mereka demi syarikat bukan atas kepentingan diri sendiri. Tak adanya minta dinaikkan gaji ke apa. Tau dah kalau minta mesti tak dapat punya. HAHAHA. Jadi, tolong dengar SUARA seorang akauntan.  Sebab yang nak kena jawab nanti AKAUNTAN tuuuuu la jugaakkkk... huhu.

Okey. Sekian. Sampai sini saja sis nak gebang tentang sifat seorang BOS dan AKAUNTAN.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. TAKE CARE YE SEMUA. 


with love,

gebangsat

Comments

Popular Posts