Laporan Jerebu di Sungai Petani, Kedah 03 SEPTEMBER 2015

Alhamdulillah.. dari pukul 2.30 ptg tadi sampai sekarang hujan sudah mulai turun membasahi bumi Sungai Petani, Kedah.  Syukur tidak terhingga kerana ia amat dinanti-nanti sejak akhir-akhir ini berikutan jerebu yang kian menebal di seluruh persekitaran sungai petani.  

Bayangkan, balik kerja pada pukul 7 malam, kelihatan seperti asap di sepanjang laluan pulang dan penglihatan juga turut terjejas berikutan peristiwa ini.  Takut-takut juga kami nak bawak kereta laju-laju, takut nanti tak nampak pula kenderaan kat depan.

Tapi hari ni, memang rasa lega yang amat kerana hujan dah turun.  Syukur ya Allah.  Mudah-mudahan hujan yang turun ini mampu menghilangkan jerebu yang kelihatan semakin hari semakin buruk di bumi Sungai petani ini. 





Dalam keadaan jerebu yang masih tidak terkawal ni, jom la kita amalkan gaya hidup yang sihat seperti yang disarankan di bawah ini.


Comments

Popular Posts