Salah Faham Antara Salesgirl & Manager Tentang Komisen



Hai, Assalamualaikum semua..!! Apa habaq? Semoga hampa2 semua sihat selalu no...
Memang tak mau gebang banyak-banyak.. Nak gebang sat ja pun... Harap sudi la hampa dengaq no...

Ada satu cerita.. Harap-harap perkara ni boleh jadi pengajaran & ada unsur-unsur moral of the story dalam hidup kita la ye no...

Ni adalah pergaduhan antara salesgirl & manager.. Rasanya, mana2 tempat pun selalu terjadi peristiwa macam ni kan?  Ok.  Ia berkaitan tentang komisen.  Kisah dia macam ni no..

"Ada seorang customer mai kedai.  Pastu customer tu berminat dengan perabot yang ada kat kedai ni..  Salesgirl ni pun layan la customer ni dari awai sampai la ke habis.. Sebenaqnya customer ni sangat-sangat berminat nak beli perabot ni.. Tetapi mungkin ada beberapa perkara yang buat customer tu nak berfikir dua tiga kali dulu... "

"Kemudian Manager ni tengah tengok situasi tu, Manager ni pun pi la tahan customer ni yang dah pun hampir-hampir nak masuk dalam kereta.  Lepas Manager ni kaw tim dengan customer tu, siap nak bagi less la.. Pastu siap call Bos lagi cakap customer ni ada potensi nak beli perabot.  Minta Bos turun sikit harga untuk bagi customer jadi beli.  Bos pun bagi diskaun dan customer tu pun jadi beli perabot tu.. Siap beli cash lagi. "

"Alkisahnya, komisen untuk perabot tu RM200.  Jadi Manager ni ada la habaq dekat bos kalau boleh half-half la komisen sebab dia pun ada tolong kaw tim sama dengan customer bagi jadi jual perabot tu..  Bos pun dah ok.  Cakap nak bagi half-half.  Bila time masuk gaji, si Salesgirl ni hingaq (bising) sebab kenapa komisen dia untuk jual perabot tu hanya RM100.  Lepas HR terangkan kat Salesgirl ni yang si Manager dapat half & kes ni Bos pun dah tau.  Si Salesgirl ni tak puas hati.  Dia mengamuk dan marah-marah.  Siap call Bos lagi suruh bagi dia semua komisen tu.  Yang si Manager ni relax je pun.. Dia dapat tak pa, tak dapat pun tak pa.. Tapi dalam hati confirm mau punya.."

"Lepas si Salesgirl mengamuk kat Bos, Bos pun ubah fikiran bagi komisen tu semua kat Salesgirl.  Alasan bos, orang yang sain invoice, orang tu la yang menang. "

So, pada pendapat hampa semua la, kes ni macam mana? Kalau hampa jadi Manager tu, hampa puas hati tak? haha..  Apa-apa pun, nak habaq satu benda je la, bukan senang nak dapat rezeki yang halal dan berkat.  Mesti ada ujian dan dugaan.  Jadi, hampa pi mana pi la, mesti akan dapat kes-kes macam ni.  Tak kena kat diri, dengaq dan lihat sendiri kejadian ni kat depan mata.  Inilah yang dinamakan dugaan.. Kena banyak-banyak bersabaq dalam sesuatu pekerjaan.  Semoga ada PENGAJARAN & iktibar yang dapat kita ambik dari cerita ni no... Bukan setakat gosip saja no.. haha.. Gosip bukan sebarang gosip, gosip yang bermoral sedia.  Gebang bukan setakat gebang, gebang ada makna..






Comments

Popular Posts