BAGAIMANA NAK TAMBAHKAN PENDAPATAN SECARA SAMBILAN



Siapa saya? Hahaha.. Saya adalah orang yang biasa-biasa sahaja.. Hidup bersederhana, keluarga sederhana, pekerjaan juga bersederhana.  Tetapi impian saya BESAR.  Saya mahukan sesuatu itu, biarlah dari TITIK PELUH saya sendiri.  Kerja sebagai akauntan, adalah tidak cukup untuk saya bersenang lenang tanpa BERUSAHA KERAS.  Sejujurnya saya memang bersyukur kerana ALLAH S.W.T telah memberikan anugerah yang tidak terhingga kepada saya, pekerjaan yang baik kepada saya serta kehidupan yang bahagia.  Alhamdulillah.  Namun, Allah S.W.T juga telah memberikan saya kudrat untuk saya berusaha lebih lagi agar saya mampu membantu keluarga saya serta jika ada rezeki yang lebih, in sha Allah, membantu mereka yang memerlukan.  Amin..

Berkerja sebagai akauntan.  Tetapi, saya juga merupakan penjual bisnes online dan telah mendaftarkan perniagaan saya di SSM - SIZUKA HC ENTERPRISE (KC0035149-U), saya berniaga pelbagai jenis pakaian kanak-kanak, dewasa, barangan kecantikan, barangan rumah dan sebagainya.  Saya meluaskan USAHA saya dengan mendaftar di LAZADA.COM.MY sebagai salah seorang SELLER.  Alhamdulillah, rezeki saya juga ada di sana walaupun tak sebanyak SELLER yang lain.  Namun saya tetap bersyukur sangat-sangat dengan setiap rezeki yang Allah S.W.T berikan pada saya.. Syukur ya ALLAH..

Selain daripada berkerja sebagai akauntan & penjual bisnes online, saya juga merupakan penulis blog dan menjana pendapatan melalui google adsense.  GOOGLE ADSENSE merupakan income dalam JANGKA MASA YANG PANJANG.  KESABARAN adalah kuncinya jika kita mahu menjana income melalui GOOGLE ADSENSE.  Pengalaman saya, GOOGLE ADSENSE tidak akan terus memberi income lebih daripada 1 dolar sebulan.  Selalunya ikut traffic, ada yang dapat 0.03 dolar pun ada.  Tetapi, lama-lama income akan bertambah dari 0.03 ke 1 dolar US.. Sebab itu saya tekankan, KESABARAN itu penting jika kita join GOOGLE ADSENSE ni.  Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.  Sebenarnya, untuk berdaftar dengan GOOGLE ADSENSE pun tidak semudah yang disangka.  Kita perlu aktif blog selama 6 bulan dahulu baru boleh daftar sebagai GOOGLE ADSENSE.  Jika ada youtube pula, perkara paling penting sekali ialah kita kena ELAKKAN video kita kena CLAIM COPYRIGHT.  Seriously, saya dah biasa kena 2x dalam 2 tahun.  Huhuhu.. 6 Bulan akaun saya kena suspense dan tiada iklan yang appear di video youtube saya.  Dan 6 bulan juga saya tidak mendapat payment.  6 Bulan sekali suspend.  Kalau 2x, setahun tu.. huhu... SABAR je la.. Memang silap sendiri, jadi kita kenalah REDHA dengan QADA & QADARNYA.. huhuhu...  So, dari situ, saya belajar daripada kesilapan saya.  Berhati-hati dan elakkan daripada kena suspend lagi.. Huhu.. Alhamdulillah.  Dari 0.30 USD sebulan, sekarang sudah meningkat ke 4USD sebulan, setelah 2 tahun saya aktif sebagai ahli GOOGLE ADSENSE.  SIKIT-SIKIT, LAMA-LAMA JADI BUKIT, kan? So, GOOGLE ADSENSE saya letakkan sebagai SIDE INCOME saya.  Sekurang-kurangnya bila terdesak, ada juga income yang boleh saya guna, kan.. Alhamdulillah.. hehe...

Kemudian, bergantung pada kerjaya, bisnes online, GOOGLE ADSENSE, saya masih tidak berhenti BERUSAHA lagi.  Saya telah pun menggunakan slip gaji saya sebagai akauntan untuk meminjam loan sebanyak 100K, untuk invest ke dalam ASB.  Alhamdulillah.  ASB merupakan SAHAM dalam kategori LOW RISK, dan saya bersyukur dengan 7-8% dividen yang saya terima setiap tahun.  Lebih kurang RM 7500 juga la income saya setahun.  Inilah pendapatan saya setahun.  Dengan menggunakan dividen ASB ni lah, akhirnya saya dapat menampung pembayaran bulanan kereta baru saya iaitu TOYOTA VIOS GX yang baru sahaja di launching oleh TOYOTA pada October 2016 baru-baru ni.  Alhamdulillah.  Rezeki itu, ALLAH S.W.T. yang tentukan.  Kita sebagai hambaNYA yang paling penting jangan mensia-siakan ANUGERAH yang telah diberikan pada kita.  Artikel ini bukanlah untuk menunjukkan bahawa saya hebat.  Sekurang-kurangnya, saya membuka jalan atau idea kepada mereka yang masih mencari-cari BAGAIMANA NAK TAMBAHKAN PENDAPATAN SECARA SAMBILAN.  Jika ada rezeki lebih, saya memasang niat untuk berhenti sahaja dan membesarkan anak-anak saya secara FULL TIME.  Alangkah bahagianya hati seorang ibu apabila anak-anak membesar di depan mata.

Assalamualaikum, dan terima kasih kerana sudi melawat di blog saya yang biasa-biasa ni..


Comments

  1. Hard effort will gain good benefits. U.show us the way. Thankssssss..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts