SUSAH SENANG KEHIDUPAN ADIK BERADIK HARUS BELAJAR SALING MEMAHAMI


Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni mak jemah nak gebang sat tentang kehidupan.  Hidup ni memang penuh dengan dugaan dan cabaran.  Cabaran paling getir adalah apabila kita tak mampu membahagiakan hati semua pihak.  Kita dah cuba yang terbaik untuk membuat semua orang gembira dan senang.  Tetapi, senyuman dan pujian yang diberi kadang-kadang diselit juga dengan sindiran dan cacian.  Itulah lumrah kehidupan.

Sebab tu mak jemah nak bagitau, just tetapkan pendirian.  Jalani kehidupanmu dengan tenang.  Hindari perkara yang menyerabutkan kepala dan mendatangkan masalah. Go travel. Release tension.  Pelajari erti bersabar dengan lebih mendalam dan jadilah orang yang lebih profesional dan matang.

Bila seseorang yang kita kasihi susah, kita akan sedaya upaya membantu.  Ringankan beban mereka.  Namun kadang-kadang, kekejaman hidup mereka membuatkan ada sedikit rasa menyampah melihat kebahagiaan kita.  Bila kita pergi sana pergi sini, travel sana, travel sini, ada sahaja kata-kata sindiran yang diluahkan.  Sedangkan waktu mereka susah, kita tidak pernah mengabaikan mereka. 

Kadang-kadang, dalam hati ada juga terfikir, "apa lagi yang mereka mahukan dari kita? Perhatian sudah diberi.  Pertolongan sudah dihulur.  Mahu kita hidup susah juga ke?  Kalau kita susah, tak dapatlah kita nak bantu mereka nanti. " 

Sebenarnya Allah S.W.T dah atur hidup kita dengan sangat baik dan berhikmah.  Ada adik beradik dalam keluarga yang lebih baik kehidupannya.  Ada juga yang sederhana.  Dan ada juga yang kurang berkemampuan.  Namun, itulah namanya adik-beradik.  "Air dicincang takkan putus".  Yang lebih baik akan membantu yang sederhana dan yang tidak berkemampuan.  Alhamdulillah.  Itu adalah pengaturan Allah S.W.T yang sangat HEBAT.  Namun, yang "menerima pertolongan" jangan terlalu mengharapkan kepada mereka sahaja.  Sentiasa ingat, semua manusia ada susah dan ada senangnya. 

Kita nampak mereka tak pernah susah kerana mereka tidak pernah menyatakan susah kepada kita.  Kalau mereka kata pun, mereka tahu kita tidak mampu membantu dan mereka takut luahan mereka itu nanti menjadi bebanan pula untuk kita.  Kadang-kadang, jika apa yang mereka katakan, di hati kita akan fikir itu adalah satu auta dan kebohongan untuk mengelakkan pertolongan kepada kita.  Sedangkan, pertolongan yang pernah diberi sebelum ini tidak terhitung banyaknya dan tidak pernah diungkitnya.

Belajarlah untuk saling bantu membantu.  Biar kita tidak bantu dari segi kewangan, tapi kita bantu dari segi memahami dirinya.  Keletihannya, kepenatannya, masalah yang bersarang dijiwa dan benaknya, itulah masanya untuk dia hargai dirinya dengan melancong, travel dan keluar kota.  Jangan ditambah bebannya dengan mengutuknya, menyindirnya dan memberi kata-kata yang merosakkan perjalanan hidupnya.  Belajar untuk hormat kehidupan orang lain.  Allah pasti balas dengan penuh kebaikan tidak di dunia, di akhirat itu PASTI.

Sekian saja gebang sat mak jemah hari ni.

XIN NIAN KUAI LE kepada sahabat chinese kita.  Dan selamat bercuti kepada semua rakyat MALAYSIA.


Comments

Popular Posts