Pengalaman pesakit COVID-19.. Keadaan umi yang semakin lemah..

Moga Ada Sinar Keajaiban

Assalamualaikum Salam Jumaat... Penghulu segala hari..

 Ya Allah tak sangka perkongsian saya tentang pengalaman sebagai pesakit covid dan perkembangan umi menjadi viral. Bukan niat saya utk viral, niat sekadar utk berkonngsi dgn ahli keluarga dan sahabat2 yg tidak mengetahui situasi kami sebelum ini.

 Tengah malam tadi, pihak HKK call dan beritahu keadaan umi makin tenat. Pihak HKK benarkan famili kami utk ke hospital pada bila2 masa. Tapi abah putuskan utk pergi pagi ni memandangkan sekatan perjalanan yg ketat pd waktu malam dan cucu2 abah semua dh tidur. Doc juga bagitau umi negatif covid pada ujian pertama swab test. Kami solat hajat dan membaca Yasin utk ummi.

 Pagi ni Jumaat 03.04.20 Setelah selesai solat Subuh berjemaah dan bacaan Yassin, kami diberitakan oleh pihak hospital yg keadaan ummi semakin tenat. Doc minta kami semua ke hospital. Abah minta sedara mara membuat persiapan.

 Dalam perjalanan, 2 sekatan jalan kami tempuhi tapi pihak polis dan tentera amat bertolak ansur. Setelah mendengar penjelasan kami, mereka lepaskan perjalanan kami. Alhamdulillah...

 Doc call mengatakan ummi masih ada nadi. Dan umi sah NEGATIF covid setelah 2x swab test dilakukan. Alhamdulillah...

 Kami di HKK saat ini. Kadar bp umi makin menurun.. Doc kata pada bila2 masa kami perlu bersedia. Kami redha... Seandainya umi pergi, bukanlah sebagai pesakit covid dan boleh diuruskan seperti jenazah biasa dan ahli keluarga boleh lihat dan cium jenazah.

 Kami masih menunggu sebarang kemungkinan. Mohon titipkan doa buat umi.. 

Terima kasih ahli keluarga, sahabat2 dan netizen yg begitu prihatin... Tak terbalas jasa dan budi semua...

Fb : qalbie ghani

Dear qalbie ghani sekeluarga.. kami sangat simpati & prihatin dengan apa yang berlaku terhadap kamu sekeluarga. Kami sentiasa mendoakan kesembuhan umi dan abah,  dan semoga Allah S.W.T permudahkan segala urusan qalbie sekeluarga.. Semoga Allah panjangkan umur umi & abah serta memberi kesihatan & kesembuhan pada mereka yang sedang menerima ujian dikala ini...amin.. amin..amin ya rabbal alamin..

Comments

Popular Posts