MASAKAN : Resepi Cucur Pisang yang Sedap dan Rangup

     Jom belajar resepi membuat cucur pisang @ jempu-jemput pisang @ cucuq kodok... hmmm..enak sungguh makan bersama kopi panas ...   

    Atau untuk tengok tutorial. Anda bolehlah klik video di bawah.  Terima kasih SIZUKAHARRISCOLLECTIONS CHANNEL YOUTUBE kerana upload video ini.

https://www.youtube.com/watch?v=106FHGqWs_M




Ok... 

Bahan-bahannya :-
Pisang
1 cawan Tepung gandum
1 cawan Tepung jagung
1 camca teh baking powder
Gula
Garam

Cara-caranya :-
1- Buangkan kulit pisang dan masukkan ke dalam mangkuk.   Lenyek pisang sehingga hancur.

2- Masukkan tepung gandum dan tepung jagung.  Gaul sehingga sebati.

3- Masukkan baking powder, garam serta gula.  Gaulkan semuanya hingga menjadi sebati.

4- Panaskan minyak.  Masukkan adunan cucur pisang ke dalam minyak yang panas.  

5- Dah siap.


Tips : Untuk dapatkan bentuk yang bulat, kautkan adunan tersebut dan sengetkan sedikit mangkuk untuk mudah dijemput dengan tangan.  Seterusnya masukkan ke dalam minyak panas dengan cara menolak perlahan-lahan adunan di jari itu dengan menggunakan satu jari. 


Comments

Popular Posts