LAGI SEGAR,BERSIH DAN JIMAT TANAM TAUGEH DI RUMAH SENDIRI



Hai, Assalamualaikum...


Taugeh merupakan salah satu bahan yang dicari oleh suri rumah untuk memasak.  Tetapi, sekarang ini,  kualiti yang tidak terjamin kebersihannya menjadi isu besar pada hari ini.  Kepada yang BENCI SAYUR TAUGEH tu, jom ketahui apa khasiat dan kebaikan SAYUR TAUGEH sebenarnya. Klik KHASIAT TAUGEH.

Eh, jangan risau cik kak semua... GEBANG SAT ada satu tutorial nak tunjuk cara-cara yang mudah nak tanam taugeh di rumah..

Cara-caranya :

1.  Rendam kacang hijau semalaman.

2.  Cuci dan buang air semalaman, gantikan dengan air yang bersih.

3.  Sediakan bekas yang berlubang/berjaring.

4.  Lapikkan kain lampin atau yang sama dengannya ke dalam jaringan tersebut

5.  Masukkan kacang hijau ke atas kain tersebut dan ratakan.

6.  Tutup permukaan kacang hijau dengan kain lebihan.

7.  Letakkan jaringan di dalam bekas yang tertutup dan gelap.

8.  Jiruskan 2 kali sehari atau lebih.

9.  Hari ke-tiga selepas hari rendaman, dah boleh dituai hasilnya.

Untuk lihat tutorial melalui video, boleh klik gambar di BAWAH @ CAPTIONS untuk tonton rakaman video cara mudah tanam taugeh di rumah sendiri.

SELAMAT MENCUBA...


Comments

Popular Posts