BENCIKAN TAUGEH? INILAH KHASIAT DAN KEBAIKAN SAYUR TAUGEH YANG PATUT KITA AMBIL TAHU

Hai, Assalamualaikum...


TAUGEH ni adalah bahan yang sangat sinonim apabila kita nak masak char koey teow, bihun goreng, mi goreng, kerabu taugeh dan sebagainya.  Terdapat pelbagai jenis menu berbahankan TAUGEH.  Tetapi ada juga yang TIDAK GEMAR sayur taugeh ni... Eh? Kenapa pula jadi macam tu ye?


Mungkin kerana rasanya yang sesetengah orang kurang gemar atau PENGALAMAN TRAUMA dapat masakan yang PERTAMA KALI mereka makan memang tak sedap. HAHAHA.. contoh... Tapi apa-apa pun, sayuran adalah baik untuk tubuh badan kita termasuklah sayur TAUGEH. Kalau yang memasaknya PANDAI MENGOLAH masakan berlandaskan taugeh dan menjadikannya lebih sedap dan menyelerakan, pasti ia akan menarik hati kepada mereka yang tidak
sukakan sayur TAUGEH ini..

Baiklah, kat sini GEBANG SAT nak kongsikan beberapa KHASIAT DAN KEBAIKAN SAYUR TAUGEH yang patut kita semua ketahui....

1.  KESUBURAN

Taugeh memang dikenali sebagai ejen kesuburan ye.  Ia mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan juga wanita.  Namun ia lebih banyak fungsi kesuburannya untuk kaum lelaki kerana khasiat di dalam taugeh ini mampu membuatkan sperma yang dihasilkan berkualiti dan lebih baik.  Namun, begitu juga untuk kaum hawa, ia juga mampu meningkatkan tahap kesuburan kaum hawa.

2.  PENCEGAH BARAH

Kacang hijau mengandungi alfalfa dan banyak unsur fitokimia yang berkhasiat.  Salah satu daripadanya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca barah seperti leukimia, usus besar dan buah pinggang (pankreas).

3.  BAIK UNTUK KESIHATAN KAUM HAWA

Taugeh mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama seperti estrogen sintesis.  Estrogen dalam taugeh ini dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang serta mencegah kerapuhan tulang iaitu osteoporosis.  Pengambilan taugeh oleh kaum hawa secara kerap dapat mencegah kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-monopaus dan gangguan akibat monopaus.

4.  MELAWASKAN PENCERNAAN

Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air, berfungsi untuk membuang segala kekotoran dalam usus besar dan melawaskan pencernaan.  Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap oleh tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat meransang sel kanser.

5.  AWET MUDA

Taugeh juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA.  Dengan itu, sayur taugeh mampu menjadikan kita awet muda selalu.

6.  MENGURANGKAN KADAR LEMAK

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung akibat oleh kadar lemak darah yang tinggi adalah digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian.  Saponi yang juga terdapat di dalam taugeh akan menghalau "lemak jahat" LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umumnya, kadar saponinya meningkat sehingga 450%

Ha, nampak tak?  Kebaikan dan khasiat yang banyak daripada sayur taugeh ni.. Ruginya mereka yang membenci sayuran taugeh ni kan? Jadi, mulai hari ini, ubahlah cara pemakanan kita yang tidak sukakan taugeh kepada sukakan sayur taugeh.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.  TERUSKAN MENYOKONG KARYA GEBANG SAT YE...
 




Comments

Popular Posts