TOPIK HARI INI : PENAKUT YANG INGIN BERNIAGA
Assalamualaikum...
Topik "GEBANG SAT" kita hari ini adalah mengenai sifat "PENAKUT" yang ada dalam diri tetapi ADA HATI nak berniaga. Banyak nak berleter ye hari ini mengenai topik ini. Marah Mak Jemah pagi hari ni disebabkan nasihat Mak Jemah tak diendahkan. Isunya, member Mak Jemah ni berleter kat Mak Jemah sebab ada ahli group FB tanya tentang kek. Kemudian, ramai la yang tag pembuat kek dan member Mak Jemah ni pun ada dapat satu kredit daripada sepupu dia. Sepupu dia ada tag dia juga. Tapi, disebabkan ada pembuat kek yang lagi femes, maka ahli group yang bertanya tu dah pilih pembuat kek yang femes tu la sebab jaminan first class okey.
Kemudian, member Mak Jemah berleter cakap. Macam ni memang dia tak ada chance la.. Mak Jemah cakap, meh sini Mak Jemah nak bagi cadangan. Mak Jemah suruh member Mak Jemah tu reply kat tag sepupu dia tu, cakap terima kasih dan post sekali gambar yang pernah member Mak Jemah jual untuk pelanggan dia sebelum ni. Yang buat Mak Jemah terkilan, member Mak Jemah tolak cadangan Mak Jemah tu tanpa WAS-WAS. Hahaha.. Okey, Mak Jemah tolong je tau. Kalau dia dapat order pun, Mak Jemah tak minta komisen tau. Haha. Jadi, Mak Jemah tak puas hati. Mak Jemah luah kat sahabat "GEBANG SAT" semua. Ingat ye semua, kalau orang bagi cadangan, kita jangan terus TOLAK tau. Sebab Mak Jemah sayang la, Mak Jemah bagi cadangan. Kalau Mak Jemah tak sayang, Mak Jemah buat tak tau ja. Biar terus kekal sifat "PENAKUT" tu dalam diri. Sampai sudah tak akan ada kemajuan dalam pengurusan perniagaan.
Untuk pengetahuan semua, Mak Jemah ni bukan apa. Member Mak Jemah ni, bagi Mak Jemah la, dia ada potensi yang besar untuk BERJAYA. Sebab apa, semua kek-kek yang dia buat, semuanya berkualiti, design cantik-cantik, kemas dan bagi Mak Jemah, PERFECT. Sesuai dengan karakter orangnya yang memang sukakan kesempurnaan dan sentiasa berikan yang terbaik buat pelanggan. Tapi ni Mak Jemah nak pesan, kalau SEMPURNA macam mana pun kalau sifat PENAKUT tu sentiasa ada dalam diri, tak kan ke mana. Tu ja Mak Jemah nak bagitau.
Member Mak Jemah ni, dia berhabis beribu-ribu duit dan masa untuk belajar dari sifu yang terbaik, untuk ambil ilmu dan rahsia "berbayar" semata-mata nak improved ekonomi dia dan juga masa depan dia. Di samping, minat dia yang begitu mendalam terhadap bidang ni. Dia juga sentiasa berusaha untuk mendapatkan hasil sentuhan yang terbaik di setiap kek yang dia buat. Senang kata SEDAP dan KREATIF.
Tetapi, kalau ada sifat PENAKUT tu dalam diri. Sia-sia je la bakat dia selama ni. Sebab apa, bila kita nak berbisnes ni, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah BERANI mengambil apa jua RISIKO. Member Mak Jemah ni cakap, dia malu nak REPLY dan TAK MAU REPLY sebab dia cakap tak guna nak reply, ahli group tu dah pilih dah pembuat kek yang dia nak. Mak Jemah angin la. Mak Jemah kata, peduli apa dengan ahli group tu. Dia dah dapat baker yang dia nak. Awak reply je. Mana tau ada rezeki awak, ada ahli-ahli lain yang turut reply kat situ akan order awak. Kita tak tau rezeki kita macam mana. Kan? Jadi, paling penting kena BERUSAHA la. "Kalau tak dipecahkan ruyung, mana dapat sagunya?" serupa la, kalau kita tak buat LANGKAH PERTAMA, macam mana nak ada LANGKAH SETERUSNYA. Aduh, pening dah Mak Jemah. Member Mak Jemah lagi bagi alasan macam-macam. Dalam erti kata lain, dia cakap TIDAK. Mak Jemah cuba lagi motivasikan dia. Mak Jemah cakap, sebenarnya itu satu peluang baik untuk dia apabila sepupu dia tag dia. Hanya reply "terima kasih kerana tag saya." Lepas tu, post gambar yang pernah pelanggan dia order. Mak Jemah cakap, kalau tak, nanti sepupu awak pun tak akan tag awak lagi. Awak tak hargai usaha dia untuk promosikan kek awak. Member Mak Jemah masih juga keras kepala.
Ah sudah lah. Mak Jemah dah cuba dah pujuk. Tapi dia masih lagi rasa tak patut untuk reply. Biarkan je dia dengan dunia dia. Mak Jemah husnozon je la. Mungkin dia ada strategi lain dan dia tak mau guna cadangan Mak Jemah yang kuno ni. Biarkan dia fikir sendiri cara dia nak MARKETING bisnes dia. Kenapa pula Mak Jemah nak sibuk-sibuk,kan? Ha macam tu Mak Jemah monolog dalam hati. Lepas tenang, okey, Mak Jemah pun buat kerja Mak Jemah.
Nampak tak apa yang cuba Mak Jemah nak sampaikan?
Nampak kan. Banyak "moral of the story" yang ada dalam penceritaan Mak Jemah di atas.
Salah satu ialah, KEBERANIAN sebenar itu hanya dimiliki oleh orang terpilih je. Tetapi, KEBERANIAN itu boleh dipupuk jika MAHU.
Berniaga ni kita kena buang rasa malu. Kalau malu, macam mana kita nak cerita tentang produk kita?
Sebab tu bila orang berniaga ni, selalunya mulut diorang sangat becok atau cakap banyak.
Kadang-kadang, bila kita sembang dengan diorang ni pasal perniagaan, SUPER EXCITED diorang ni buka mulut dan SHARE PENGALAMAN masing-masing.
Itu bukan sifat MENUNJUK DIRI tu bagus ye, tetapi lebih kepada cara memotivasikan orang-orang di sekeliling.
Dan seseorang ahli perniagaan itu mereka selalunya adalah sangat sporting dan sentiasa menerima apa jua komen daripada orang ramai.
Mereka akan sentiasa menerima negatif komen dan menjadikannya sebagai positif komen.
Mereka akan sentiasa berada dalam CRITICAL THINKING.
Mereka hanya fikir tentang STRATEGI dan cara PEMASARAN baru yang akan meluaskan lagi empayar perniagaan mereka.
Jadi, untuk jadi seorang ahli perniagaan, kita kena PREPARE dulu diri kita untuk terima nasihat dan pandangan orang yang lebih arif dalam dunia perniagaan.
Kalau awal-awal lagi kita dah sombong, percayalah, orang itu tidak akan lagi beri pandangan dan cadangan lepas tu.
Kesombongan dalam perniagaan boleh membawa kerugian dan kehancuran. Berwaspadalah.
Ha, sekian je Mak Jemah berleter hari ini.
Terima kasih kerana sudi baca coretan "GEBANG SAT" Mak Jemah ni.
Jumpa lagi di NEXT POST.
Assalamualaikum ...

Wah.. Mak jemah berleter pjg.. hahahaha..nice moral of the story. Yg penting,Kena berusaha utk bjaya..kan..
ReplyDeletehahaha,... facts. betul tu.. berniaga ni kena berani ambil risiko..berani malu. berani segala-galanya baru boleh masuk dunia bisnes. good info and good tips author...
ReplyDelete