TIPS PENTING KETIKA BERKHEMAH ATAU MASUK KE HUTAN
Pengalaman masuk hutan, berkawan banyak benda belajar..iaitu,
1. Lumut Taik Kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dengan air terjun atau sungai (mcm kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda bercahaya warna hijau..ala-ala benda yg pendarcahaya. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa-apa, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dengan sedikit bantuan cahaya dari bulan bintang. Yang bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah..tak langgar pokok.
2. Ular tedung. Kalau terserempak dengan ular masa dalam hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah-acah bagi ular tu kembang penuh dengan ranting kayu dan berundur perlahan-lahan. - belajar dari orang asli.
3. Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera tidak akan lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu, in fact dia leih lincah dari gerakan ranting kita. Untuk halau kera, patahkan pokok renek dengan daun dan ranting yang mengembang..dan hayunkan kepada kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dari sebatang ranting) - belajar dari askar.
4. Harimau. kalau memancing dalam hutan, sedang dalam hutan tu bunyi penuh dengan unggas serangga, tetiba hutan tu jadi sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dengan bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dari orang asli.
5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yang kecik tu, sekerat pinggang dengan dada kaler oren),kalau terserempak, kita yang perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. - belajar dari orang asli.
6. Kepala air. Kalau khemah di tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yang pokok-pokoknya besar. Tandakan satu batu yang besar, kalau tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dengan kaki pancing.
7. Tanda-tanda kepala air. Kalau hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dari dalam perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda-tanda lain yang kita perlu tengok ialah kehadiran buih-buih putih di tempat tidak berbuih (kalau kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dari arus atas. Kemudian, akan ada daun basah hanyut, lepas itu barulah ada perubahan warna air, dari jernih ke warna oren, coklat dan sebagainya. Biasanya perubahan ini sekejap sahaja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air)..sama kes di Dam Chamang, bentong..saya dah kena. Tambah sikit info, kalau kepala air datang, bunyi air lebih kuat dari biasa, dari kejauhan sudah dengar..
8. Nak masak air. Jangan ambil air di tepi sungai, ambil di tengah sungai atau tempat yang mengalir deras. Rasionalnya, tikus, rusa, kancil, babi dan lain-lain kencing di tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, ambil yang di tengah-tengah. - belajar dengan askar.
9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya; harimau, gajah, badak, seladang dan sebagainya. Kalau dari jauh dengar bunyi kera dan lain-lain buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dengan orang asli.
10. Makan makanan yg dimasak contoh ikan bakar dan lain-lain. Semasa di hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah untuk datang bertandang. - belajar dengan kaki pancing
11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami di hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dan sebagainya) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dalam pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dari pengalaman.
12. Hutan yang bising dengan bunyi unggas lebih baik di waktu malam daripada hutan yang sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa-apa yangg tidak kena. - orang asli.
Ok, masuk bab amalan buka khemah (Rule and system dia la..bukan amalan yang spritual ni..).
1. Cari kanopi yang masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yg masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.
2. Ketinggian dr paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yang lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang-kurangnya 4 kaki dari aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah di situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok-pokok rendah dan renek macam pokok senduduk dan lain-lain..itu tandanya air selalu naik di kawasan itu. Cari kawasan yang pokoknya besar-besar.
3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dari khemah. Jangan buat khemah di dalam laluan denai, sebab laluan denai bukan untuk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. takut nanti seladang tumpang tidur.
4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan daripada daun dan pokok-pokok renek (potong je pokok-pokok kecil ni,nanti akan tumbuh balik). Pakai je ranting-ranting pokok berdaun, sapu sampai nampak tanah dan tiada daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dan lain-lain tu kurang sikit.
5. Dah ready, baru tabur karbaid warna kuning tu.
6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah secara menghadap /berhadapan dan unggun api di tengah.
7. Dlm nyalaan unggun api tu, standby dengan beberapa batang kayu panjang. Kalau boleh, sesuai dengan jumlah orang yang pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh.. Apa lagi..capai la kayu yang ada api ini sebagai senjata.. parang pisau, binatang tak takut. Api? confirm lari..
8. Kalau ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau juga kalau binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dengan tali tangsi disambung dengan loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi..
Okey, itu je kali ini... Semoga bermanfaat ..

Rajinnya awak taip panjang2..tapi Tak jemu says baca. Interesting entry Dan byk ilmu dikongsi. Nanti kalau ttiba sesat di hutan,at least Kita tau mcm mna no hidup kan.. thanks..
ReplyDelete