PEKERJA & KOMPUTER TAK BOLEH DI PISAHKAN... TUTORIAL DAN TIPS MENGGUNAKAN MICROSOFT OFFICE SOFTWARE

Assalamualaikum semua..
Apa habaq?

Ada 1 kisah... Tentang seorang staff yang baru masuk kerja... Dia kerja dekat sebulan jugak la kat sebuah kedai ni.. Lepas tu dia berhenti kerja sebab mungkin dah dapat kerja lain yang lebih bagus daripada kerja yang sekarang ni... Alkisahnya bermula, sebelum dia berhenti kerja, komputer yang hari-hari dia guna tak boleh buka.  Company terpaksa panggil orang IT mai repair komputer tersebut.
Kemudian, bos ada tanya orang IT tu, kenapa boleh rosak?  Orang IT tu jawab, sebab komputer tu maybe tak turn of well @ dalam erti kata lain, tak ikut step yang sebetulnya time nak off komputer tu..  Bos tak nak tuduh, tapi bos direct tanya kat staff tu macam mana cara dia off komputer..  Kemudian dia pun tunjuk macam mana dia tutup komputer tu...

Hah? Nak tau macam mana dia tutup komputer tu?  Dia terus tutup plug TANPA "SHUTDOWN" komputer terlebih dahulu.  Ya Allah, bukan la niat kita ni nak menghina dia.  Tapi, sekarang ni zaman IT la cek.. Budak-budak pun tau macam mana nak turn off computer.. Perkara ni adalah basic.  Rata-rata semua tau macam mana nak turn off computer ikut stepnya.  kan?

Jadi, moral of the story, kita kalau tak tau, kita kena buka mulut dan bertanya kat orang macam mana nak buat sesuatu perkara yang menjadi musykil di hati tu..  Apa salahnya terus tanya staff yang dekat-dekat situ cara nak tutup komputer tu.. Tak la sampai rosak komputer tu jadinya...

Kedua, dalam kita sibuk dok bermain facebook, instagram dan sebagainya ni, kita kena la selari dengan perkembangan semasa.  Kita harus belajar bagaimana nak buka komputer, tutup komputer dan sebagainya sebab sekarang even kerani sekalipun semuanya menggunakan komputer..  Jadi, perkara asas seperti ni kita kena praktikkan agar senang untuk mencari pekerjaan di masa akan datang.

Ketiga, selain daripada turn off @ turn on computer dengan sempurna, kita pun kena la tau bagaimana nak guna software-software yang ada dalam komputer itu.  Ia bagus untuk memudahkan kita memulakan pekerjaan di dalam ofis.  Contohnya, microsoft office..  Ada terdapat pelbagai microsoft office software.  So, kita kena la banyakkan belajar agar kita tidak ketinggalan di kemudian hari...

Nak tau cara nak belajar tentang MICROSOFT OFFICE SOFTWARE?

Jom, klik link ni... ok...

TUTORIAL MENGGUNAKAN MICROSOFT OFFICE EXCEL
TUTORIAL MENGGUNAKAN MICROSOFT OFFICE POWERPOINT
TUTORIAL MENGGUNAKAN MICROSOFT OFFICE WORD

Comments

  1. Hahaha... Yang ni lawak la.. serious ke Ada lagi yg off computer mcm tu?😅

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts