FURNITURE STORY : Kids Sofa Murah & Cantik !

Hari Raya bakal menjelma. Saya sengaja je bersiar-siar ke TESCO UTARA di LAGENDA HEIGHT, SUNGAI PETANI.  Khabarnya, ada offer pampers jenama DRYPERS, RM 32.90.. Selama ni saya pernah terbeli pampers drypers harga RM 34.90...Maybe sebab terdesak punya pasal, so saya pun ambil je la.. hihi
Tapi,kes hari ni bukan kes terdesak ye. Tapi kes beringat-ingat sebelum terkena. Hehe.

Jadi,nak dijadikan cerita, saya dan en. Suami pun bergerak la ke sana sambil tinjau-tinjau & cuci mata. Ok. Pampers drypers dah pun saya ambil walaupun kat rumah actually masih ada lagi. Saja beli untuk keep stok sementara masih ada offer, kan.. Jalan punya jalan, alamak, mata saya tertumpu kat satu objek yang sangat comel & murah! Dan ia adalah barangan yang saya tengah cari sekarang ni. So, pucuk dicita, ulam mendatang la jawabnya..hehe..

Apa lagi, cepat-cepat saya ambil & letakkan kat dalam troli.. happy tak terkata ye sebab jumpa barang yang saya idam-idamkan. Hihi.. Ha, nak tahu barang apa? Ni dia, kids sofa.. Serius, sangat comel.!!



Sebelum ni, saya pernah ke satu gudang beli belah yang agak terkenal (tak boleh sebut nama kedai tu, nanti kena saman) huhu.. Memang design yang sama tapi warna sangat terhad. Waktu tu hanya ada 1 warna je iaitu warna koko. 

So, bukan my favourite colour. Huhu. Harga dia memang saya rasa okey iaitu RM 109.00 macam tu lebih kurang. Saya tak beli sebab saya nak warna yang lebih menyerlah & menarik. Dan lagipun, saya kalau boleh nak beli 2 sebab saya ada 2 orang anak yang masih kecil & sesuai duduk di atas sofa ni. Malangnya, sofa diorang hanya tinggal 1 je. 

Kemudian, bila saya tengok je kat Tesco, memang saya nak beli tak kisah la harga berapa sebab warna yang saya suka ada & juga saya boleh beli 2 buah sofa seperti yang saya kehendaki sebelum ni. Kemudian mata saya melirik ke tanda harga. WOW! Memang berbaloi! Hanya RM 65.90 sahaja. Memang murah bagi saya. Apalagi, tak tunggu lama, saya terus beritahu suami nak beli sofa ni, boleh tak? Suami setuju. Alhamdulillah. Terus beli. 

Lepas ambil je "kids sofa" ni, terus takde mood nak tinjau barang lain. Fikir nak balik je. Nak bagi anak-anak duduk. Gembiranya hati seorang isteri, merangkap seorang ibu serta salah seorang pelanggan hari ni memang tak dapat nak diterangkan bagaimana. Syukur Alhamdulillah sebab dapat miliki barang yang diingini. Dan yang paling penting, nak share sofa budak yang murah ni kat semua pelawat blog saya. 
Ops, di akhir ucapan. Selamat Berpuasa semua. 

Comments

Popular Posts