KEPUTUSAN DIVIDEN ASB TAHUN 2019 MERUNDUM DASYAT DAN MENGHAMPAKAN

Assalamualaikum.

Hai sahabat gebang sat semua. Hari ni mak jemah nak GEBANG SAT dengan korang semua. Mak jemah tengah berdebar-debar ni. Jantung ni dag dig dug ja katanya si Haiza, penyanyi dangdut tu.

Bukannya mak jemah kena heart attack.. Allahu, minta simpang mailakat 44… huhu.. Tapi sebenarnya mak jemah tengah berdebar sebab tunggu keputusan dividen AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB) tahun 2019 ni. Tak tau la tahun ni berapa persen ASB nak bagi. Tu yang mak jemah tengah berdebar ni. Pasti semua pun rasa benda yang sama macam mak jemah rasa kan.

Perasaan ni, mai mak jemah nak habaq mai. Hanya orang yang ada akaun ASB ja yang akan rasa debarannya. Haha.. Terutama mak jemah yang buat loan ASB ni, mesti la mak jemah lagi lagi lagi laaa berdebar-debar. Bukan apa, tahun 2018 yang lepas, ada sedikit kehampaan terhadap peratus dividen ASB. Iaitu dividen untuk tahun 2018 adalah sebanyak 6.50+0.50 (bonus) = 7.00%

….. (selepas melihat portal AMANAH SAHAM BUMIPUTERA…..) ……………………………..

Dah! Mak jemah dah semak dividen tahun 2019… 😱😭😭😭

Mak jemah hanya mampu menangis… huhu…. Benar firasat mak jemah… Hampa sungguh..!

Tadi lepas disemak portal AMANAH SAHAM MALAYSIA, dividen tahun 2019 menjunam yang sangat dasyat sekali mengikut perkiraan mak jemah iaitu sebanyak 5.00+0.50 (bonus) = 5.50%

Ini memang menyakitkan hati bagi kami yang meletakkan harapan yang tinggi terhadap prestasi AMANAH SAHAM BUMIPUTERA.

Namun, apa yang boleh mak jemah nasihatkan, bersabarlah. Harap tahun depan, iaitu tahun 2020, kita mampu menjana dividen yang lebih baik. Amin…. Cara-cara untuk mengira dividen adalah:

Contoh : Jumlah pinjaman RM 200,000.00

= ASBF x (Dividen + Bonus) × 12/12
= 200,000 × 7.25/100 × 12/12
= RM14, 500.00




Comments

  1. Hmmm. Sama la.. sy pn sedih make jemah oi..huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. yela mak jemah.. saya faham perasaan mak jemah tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts